Monday 3 December 2012

photo time !



hai ..
korang mesti ada kawan baik dan mesti kalau ngan kawan korang mesti lah gila-gila jugak.
so, sama lah macam kita ni..

best kalau dapat kawan yang sportin dan gila-gila macam ni , hidup mesti happening je .. selalu tersenyum je kalau ngan kengkawan macam ni...
mesti bertuah kalau dapat kawan macam ni..
ni nak tunjuk sikit kawan-kawan kita yang gila-gila , baik dan sebagainya ...haha

ni lah antara aksi-aksi kami yang happening :)







merekalah yang sentiasa menyinari hidup
(ayat poyo,tak boleh belah)

sekian...

tips untuk awet muda

Assalamualaikum

ni lagi satu tips yang senang untuk diamalkan...

bangun tidur pastikan minum air masak sekurang-kurangnya 3 gelas sebelum basuh muka atau gosok gigi .

lepas tu baru la siap untuk mandi.

amalkan tip ni setiap pagi lepas bangun tidur ...insyallah korang akan dapat kulit yang cantik dan sihat...

SELAMAT MENCUBA ><

tips untuk melicinkan wajah

Assalamualaikum...

Harini nak buat entry pasal tips untuk melicinkan wajah..
 pasti semua dok belek muka kat depan cermin , nak muka putih la , nak kulit bersih la...
tapi semua dah jadi lumrah manusia nakkan kecantikan ..

Jadi ni tips yang mungkin berguna untuk sape-sape yang nak kulit yang cantik..

senang saja...
cuma keluarkan duit sikit beli tomato kat pasar:)

ada dua cara nak gunakan tomato tu, sama ada nak makan atau korang sapu dekat muka tu...

kalau nak guna cara sapu tu , mesti sapu waktu pagi ngan malam ...
muka korang akan menjadi licin dan halus ..

insyallah..

SELAMAT MENCUBA >.<

Tuesday 28 August 2012

raya kembali lagi !!!

Hai , Assalamualaikum....

Raya tahun ni memang meriah sangat . Tambah-tambah lagi jumpa sedara mara yang lama kita tak jumpa .Rasa rindu pun terubat waktu tu...
tahun ni bes sebab still lagi beraya dekat SUNGAI UDANG, MELAKA..huhu..
memang best , tapi yak jugak lupa lepas raya kena lah fokus untuk study je..memandangkan PMR dah dekat balik raya pun kena siapkan homework and study mana yang mampu je kan..
nasib baik lah sepupu umur sama yang jugak ambil PMR tahun ni..dapat study sama-sama...
 Walaupun Syawal tu sebulan, tapi cuti untuk raya seminggu je..mana cukup!!
tak habis lagi rumah nak beraya..
even, umur dah 15 tahun masih lagi nak kutip duit raya macam bebudak lain..yang penting BUAT MUKA TEBAL cukup...tutup dengan talam..hahahaha

dalam sibuk beraya sempat lagi kami ambik gambar dekat rumah orang..haha
 ni dekat rumah mana pun tak ingat!! haha




 ni semua bergambar dengan sepupu TERSAYANG !!

tak puas raya...and sekarang ni beraya di taiping saja lah!

BYE !!!

Saturday 9 June 2012

Ahli baru

   Hai , Assalamualaikum and peace world :)

Kali saya nak cerita sedikit pasal keluarga saya , sebab sekarang saya terlalu gembira kerana saya dapat adik (10.5.2012)

ni gambarnya:)


ni lah dia..ni waktu hari first dia lahir

comel kan !

gambar ni sempat diambil waktu dia tergelak..walaupun kabur:)

NAMA : NURUL QALEESYAH BINTI MOHD ROSLI
TARIKH LAHIR : 10 . 5 . 2012

cuma ni ke post arini...okey:)

Friday 13 April 2012

kisah benar



Kejadian ni berlaku kira-kira 2 bulan yang lalu . Setiap malam aku mesti akan tidur pukul 10 lebih..arr! macam tu la...

Pada waktu malam (berapa haribulan pun tak ingat) , aku tidur lewat sebab nak siapkan kerja sekolah yang tertanggguh . So, aku kelam kabut la nak buat kerja tu ...
Malam tu aku ada cakap dekat adik aku suruh teman sampai aku abis buat kerja tu..Tapi adik aku tidur awal ,belum sempat kerja aku siap..
Jadi , aku buat la kerja sorang-sorang dalam bilik. Mula-mula aku buat smbil nyanyi sebab aku bosan.

Aku tengok jam , dah pukul 12 malam tapi aku masih tak siap kerja lagi.. Masih banyak lagi yang tak siap...Esok dah la kena hantar..!!(penat waktu tu)
Tiba-tiba aku rasa seram sejuk . Aku tak tahu kenapa..
Aku rasa macam ada orang yang tengah berdiri dekat belakang aku .Aku pandang , tak ada sapa pun.
Aku dah mula rasa takut..Aku mula lah pikir macam-macam..
Tapi apa yang aku selalu terbayang ialah POCONG!!
kenapa arr?

Aku kena siapkan jugak kerja aku tu.. So , aku pasang lagu kuat-kuat.
Tapi aku masih lagi rasa takut sebab aku sorang je yang masih terjaga . aku tak berani nak bergerak banyak dan aku senyap je..
 
Aku tengok jam dah pukul 1.30pagi , aku terasa ada lagi orang dekat belakang aku..
Tapi kali ni makin dekat.Rasa macam betul-betul dekat belakang aku...

Dalam keadaan yang sangat takut aku teruskan kerja aku.. sampai siap!
Dan akhirnya aku siapkan kerja aku pada pukul 2 pagi..

Lepas je kejadian tu aku masih terbayang wajah pocong (tak pernah nampak pocong,tapi terbayang yang pernah tengok kat tv la..)
Dan masih menjadi persoalan..
Adakah apa yang aku rasa ni BETUL atau HANYA PERASAAN AKU?

*cerita ini benar2 berlaku...saya yang alami sendiri!